HomeSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Isu Top IT dibangkitkan lagi

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
gee_penyu



Posts : 37
Join date : 11/01/2010
Location : Dekat Perumahan TNB

PostSubject: Isu Top IT dibangkitkan lagi   14th December 2010, 8:11 am

KUALA TERENGGANU 13 Dis. - Pihak pembangkang mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) membincangkan laporan Jabatan Audit berhubung pengurusan anak syarikat kerajaan negeri, Top IT Industries Sdn. Bhd.

Operasi syarikat yang ditubuhkan untuk pelaksanaan program komputer riba di sekolah rendah dan menengah di negeri ini, e-Book didakwa banyak kepincangan.

Dr. Syed Azman Syed Ahmad (Pas-Batu Burok) berkata, ini berikutan laporan audit yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara kepada Parlimen baru-baru ini amat mengejutkan.

Beliau mengemukakan usul di bawah Peraturan Majlis Mesyuarat Fasa 30 Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap DUN bagi membolehkan sidang ditangguhkan untuk membincangkan soal itu.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang atas alasan ia bukan suatu yang begitu mendesak kerana masih banyak ruang untuk membincangkannya dalam Dewan.

Menurut Dr. Syed Azman, laporan tersebut antaranya menyebut aktiviti projek e-Book kurang memuaskan ekoran beberapa faktor.

''Ini termasuk tiada perjanjian di antara syarikat dengan kerajaan negeri dan antara syarikat dengan pembekal perkakasan dan perisian," katanya.

Katanya, ia perlu diberi perhatian serius kerana kerajaan telah membelanjakan hampir RM100 juta bagi pelaksanaan projek ini dan RM30 juta lagi tahun depan.

Menurut beliau lagi, laporan itu mendedahkan kadar murid sekolah yang membawa e-Book ke sekolah amat rendah iaitu hanya 18.2 peratus selain berlaku kecuaian memilih pembekal perisian sistem hingga disaman kerana dituduh meniru hak cipta syarikat lain.

''Laporan itu turut menyebut kadar kerosakan e-Book yang amat tinggi iaitu 14.4 peratus yang memberi gambaran terhadap tahap mutunya.

''Di samping itu pelan bangunan kilang tidak mendapat kelulusan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta tidak memperoleh Sijil Akuan Kelayakan Menduduki daripada Majlis Bandaraya tetapi digunakan untuk menjalankan operasi," katanya.

Beliau berkata, perkara itu melibatkan kepentingan orang ramai kerana kilang itu telah beroperasi hampir dua tahun dan 60 orang bekerja di sana menanggung risiko.
Back to top Go down
View user profile
gee_penyu



Posts : 37
Join date : 11/01/2010
Location : Dekat Perumahan TNB

PostSubject: Re: Isu Top IT dibangkitkan lagi   14th December 2010, 8:16 am

Salam... selamat pagi sume...

umm, da baca paper??? aiseyman... bila baca jerk berita nie, mcm2 perasaan ada, ye r cz status keje kita nie masih terumbang-ambing..
bimbang jugak klu perlaksanaan ebook dihentikan serta-merta... huhu, pe plak pandangan saing2 skalian... Rolling Eyes
Back to top Go down
View user profile
Brad Bu



Posts : 329
Join date : 14/06/2010
Age : 31
Location : Dungeon

PostSubject: Re: Isu Top IT dibangkitkan lagi   16th December 2010, 8:10 am

wa.. paper mane nie?
Back to top Go down
View user profile
LocoRoco
Moderator


Posts : 1521
Join date : 24/11/2009
Location : Planet Nameck

PostSubject: Re: Isu Top IT dibangkitkan lagi   16th December 2010, 9:09 am

haha.. padan la ngn akhir tahun nie...musin ujan..ngan eio skali terumbang ambing..hahaa.. psl mjls ebok ttp dilaksanakan..sbb stock dah sampai..
ok, ikut plan suk n jpnt dimana ebok murid thn 4 tahun nie perlu dilaksanakan jugak.. tp.. oleh sbb kekangan masa dan keadaan yg tidak mngizinkn (cuti sek,dll) so pihak2 yg berkenaan cuba utk 'extend' ke januari thn dpn..tp oleh sbb pihak mb tetp ingin tunaikan jgk tahun ni so jpnt, top it, ppd sepakat utk ttp mengadakan jugak majls ebok tahun 4 tetapi cuma 2,3 dun terpilih shj dalam neg trg nie.. spt dun kijal (tmpt mb), dun seb takir (yb razif)..
This is the info at the moment la..
I'll try to let we all know time to time ok babeh.. Razz


Back to top Go down
View user profile http://ppddunter.the-talk.net
Sponsored content




PostSubject: Re: Isu Top IT dibangkitkan lagi   Today at 5:32 pm

Back to top Go down
 
Isu Top IT dibangkitkan lagi
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Sembang²-
Jump to: