HomeSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cara-cara Menggunakan WinToFlash Untuk Install Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
pau_kacang



Posts : 133
Join date : 03/12/2009

PostSubject: Cara-cara Menggunakan WinToFlash Untuk Install Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7   7th March 2010, 12:10 pm

Adakalanya bila CD / DVD -ROM rosak, anda perlu install Windows menggunakan pen drive. Malah pen drive juga lebih senang dibawa.
Anda boleh membuat pen drive pemasangan Windows ini dengan mudah menggunakan WinToFlash. Windows yang disokong termasuklah Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7.
Apa yang anda perlukan adalah CD / DVD pemasangan Windows tersebut dan sebuah pen drive. Kemudian ikut langkah-langkah di bawah:

Cara-cara Menggunakan WinToFlash



  • Download WinToFlash dan install seperti biasa.
  • Buka WinToFlash.
  • Pada tab Task, pilih jenis Windows yang anda ingin masukkan ke dalam pen drive. Kemudian klik Run.



  • Masukkan CD / DVD pemasangan Windows, dan nyatakan lokasinya pada ’setup file path’
  • Masukkan pen drive, dan nyatakan lokasinya pada ‘ USB Drive’



  • License Agreement akan dipaparkan, jika ada. Pilih ‘I Accept’ dan klik Continue



  • Sebuah tetingkap akan dipaparkan menyatakan yang pen drive anda akan diformat. Klik OK.



  • Proses menyediakan pen drive anda bermula. Apabila proses ini selesai, anda sudah boleh menggunakannya untuk install Windows.


Guna pen drive ini untuk install Windows seperti biasa. Jangan lupa untuk menetapkan boot sequence pertama kepada pen drive, supaya komputer dapat mengesannya sewaktu dihidupkan.
Back to top Go down
View user profile
 
Cara-cara Menggunakan WinToFlash Untuk Install Windows XP, Windows Vista, dan Windows 7
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Download Software-
Jump to: