HomeSearchRegisterLog in

Share | 
 

 macrium-reflect - Perisian Backup yang Mudah & Percuma

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
LocoRoco
Moderator


Posts : 1521
Join date : 24/11/2009
Location : Planet Nameck

PostSubject: macrium-reflect - Perisian Backup yang Mudah & Percuma   23rd February 2010, 12:40 am



Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING,namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.
Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah MacriumReflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:


  • Membuat backup pada hard disk atau partition dalam bentuk imej
  • Restore semula fail imej yang telah dibuat menggunakan Macrium
    Reflect
  • Melihat isi kandungan imej melalui Windows Explorer
  • Membuat satu Recovery CD
    yang boleh digunakan untuk menjalankan Macrium Reflect, sekiranya PC
    tidak dapat dihidupkan

Berdasarkan ujian yang telah saya buat terhadap Macrium Reflect,
kelajuannya membuat backup dan restore adalah sangat bertentangan.
Proses backup berjalan dengan sangat pantas, jauh mengatasi Norton Ghost
atau PING. Namun, proses restore pula adalah sangat perlahan – ternyata
kurang sesuai digunakan sewaktu kecemasan.

Software bagi tujuan hard disk backup biasanya dimonopoli oleh Norton dan Acronis, dan kesemuanya mahal-mahal belaka. Software open
source seperti PING pula agak sukar digunakan, dan kadang-kala tidak
stabil. Macrium Reflect berjaya merapatkan jurang ini dengan menawarkan software yang mesra pengguna, cekap, dan yang percuma. Anda boleh mendapatkan softwareini dalam laman web Macrium Reflect.


Back to top Go down
View user profile http://ppddunter.the-talk.net
 
macrium-reflect - Perisian Backup yang Mudah & Percuma
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Download Software-
Jump to: