HomeSearchRegisterLog in

Share | 
 

 PortableApps.com : Komputer di dlm pendrve anda

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
LocoRoco
Moderator


Posts : 1521
Join date : 24/11/2009
Location : Planet Nameck

PostSubject: PortableApps.com : Komputer di dlm pendrve anda   23rd February 2010, 12:16 am



PortableApps.com adalah satu
sut perisian mudah alih yang boleh anda muatkan ke dalam USB drive untuk dipasang di
mana-mana komputer Windows.
Sut ini menyediakan pelbagai jenis perisian yang boleh anda pilih,
contohnya Mozilla Firefox untuk melayari laman web, ClamWin untuk
antivirus, dan OpenOffice.org untuk membuka dan menyunting fail Word,
Excel, dan sebagainya.
Seperti namanya, kelebihan utama perisian mudah alih ini adalah ianya
senang dibawa ke mana sahaja. Setelah anda masukkan perisian ini ke
dalam pen drive, ia terus boleh dijalankan dari mana-mana komputer. Jadi
tak perlulah nak install satu-persatu
ke dalam setiap komputer tersebut. Memudahkan, terutamanya bagi orang
yang selalu buat kerja di komputer lain (dekat Cyber Cafe misalnya).



Dengan sut PortableApps.com, anda juga boleh menyimpan settings yang
telah ditetapkan bagi setiap perisian. Contohnya, anda boleh menyimpan
bookmarks yang telah ditanda di Mozilla Firefox.
Selain dari perisian-perisian yang ditawarkan, PortableApps.com juga
menyediakan PortableApps.com Menu yang dibina untuk memudahkan anda
melancarkan aplikasi dari USB
Drive; serta PortableApps.com Backup untuk membuat backup terhadap sut
perisian PortableApps.com anda.
Sut perisian ini boleh anda download
dari PortableApps.com. Anda boleh memilih untuk download:

  • Platform Only. Hanya PortableApps.com Menu dan PortableApps.com
    Backup, serta ikon-ikon yang berkaitan. Download
    pakej ini sekiranya anda bercadang untuk pilih dan download
    aplikasi lain satu-persatu.
  • Suite Light. Mengandungi perisian-perisian asas seperti Firefox,
    Thunderbird, ClamWin, dan Sumatra PDF. Namun sut ini tidak mengandungi OpenOffice.org
    kerana saiz yang terlalu besar, sebaliknya ia mengandungi AbiWord
    Portable bagi tujuan membuka dan menyunting fail Word.
  • Suite Standard. Mengandungi perisian-perisian asas, sama seperti
    Suite Light. Suite Standard mengandungi OpenOffice.org bagi bagi tujuan
    membuka dan menyunting fail Word, Excel, PowerPoint, dan sebagainya.

Dapatkan sut perisian ini dari PortableApps.com.


Back to top Go down
View user profile http://ppddunter.the-talk.net
 
PortableApps.com : Komputer di dlm pendrve anda
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Tips & Tricks-
Jump to: