HomeSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
LocoRoco
Moderator


Posts : 1521
Join date : 24/11/2009
Location : Planet Nameck

PostSubject: Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows   13th February 2010, 5:45 pm

Dengan Norton Ghost, anda boleh membuat backup
kepada Windows anda. Misalnya, jika anda baru sahaja format komputer dan
install segala macam software yang anda perlukan, anda boleh
lakukan operasi Ghost terhadap Windows tersebut. Katakan Windows anda
kemudiannya mengalami masalah sehingga tak dapat nak buka langsung. Restore
sahaja fail Ghost tadi, dan Windows akan kembali seperti sediakala,
lengkap dengan segala software yang anda telah install.
Selain itu, operasi Ghost juga sesuai digunakan jika anda dikehendaki
untuk install Windows ke dalam beberapa buah PC. Buat backup Ghost pada PC pertama,
kemudian restore fail Ghost tersebut kepada semua PC yang lain. Cara ini jauh lebih
pantas kerana operasi restore Ghost cuma mengambil masa kurang 5 minit sahaja berbanding proses install windows yang mungkin memakan masa hingga 30 minit.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

Buat Backup Ghost Pada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD
    Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > To Image. Pilihan ini bertujuan untuk membuat
    backup untuk partition anda, dan menyimpannya dalam bentuk fail.

  4. Pilih hard disk yang mengandungi partition tersebut.

  5. Pilih partition yang anda hendak backup.

  6. Anda dikehendaki memilih tempat di mana fail Ghost akan
    disimpan. Pilih folder yang anda mahu, berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.

  7. Klik OK pada mesej “Proceed with partition image creation?”.
    Tunggu hingga proses backup selesai, dan anda boleh restart semula PC anda.


Restore Fail Ghost Kepada Partition

  1. Hidupkan komputer anda dan masukkan CD
    Norton Ghost. Pastikan anda telah mengubah boot sequence kepada CD.
  2. Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.
  3. Pilih Local > Partition > From Image. Pilihan ini bertujuan untuk restore semula fail Ghost tadi kepada partition asal.

  4. Pilih fail Ghost tersebut dan klik Open.

  5. Pilih partition yang mengandungi fail Ghost.

  6. Pilih hard disk yang mengandungi partition asal.

  7. Pilih partition yang yang anda hendak restore.

  8. Klik OK pada mesej “Proceed with partition restore? Destinationpartition will be permanently overwritten”. Tunggu hingga proses restore selesai, dan anda boleh restart semula PC setelah proses selesai.



Back to top Go down
View user profile http://ppddunter.the-talk.net
 
Cara-cara Menggunakan Norton Ghost Untuk Backup Windows
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Tips & Tricks-
Jump to: