HomeSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Google Buzz Dilancarkan – Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
LocoRoco
Moderator


Posts : 1521
Join date : 24/11/2009
Location : Planet Nameck

PostSubject: Google Buzz Dilancarkan – Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave?   12th February 2010, 8:56 pm



Google baru sahaja melancarkan Google
Buzz, sebuah social network yang menyerupai Twitter dan Facebook. Ia membolehkan anda
berkongsi buah fikiran, gambar, link
dan banyak lagi.

Kali pertama anda membuka Google Buzz, kawan-kawan akan ditambah
secara automatik berdasarkan kenalan anda di GMail, dan anda sudah boleh
melihat udpate daripada mereka. Ini merupakan cara yang bijak daripada
Google untuk memudahkan pengguna memahami apa itu Google Buzz.

Untuk menyaingi Facebook dan Twitter, Google Buzz cuba menawarkan
integrasi dengan pelbagai servis lain seperti Flickr, Picasa, malah
Twitter sendiri. Dengan integrasi seperti ini, mungkin anda boleh
menjadikan Google Buzz sebagai tempat untuk menguruskan segala jenis
servis yang anda miliki. Namun bagi sesetengah orang, mereka tidak
perlukan satu lagi tempat yang lain untuk memeriksa komen bagi update yang telah dikirimkan di Facebook,
Twitter dan sebagainya.

Google Buzz mempunyai beberapa penambahbaikan berbanding Facebook dan
Twitter. Contohnya, anda boleh menyertakan lebih daripada satu gambar
pada update. Anda juga dibenarkan
untuk menyertakan link atau nama
pengguna Buzz yang lain dalam ruangan komen.
Seperti Facebook, anda boleh mengikuti komen dengan mudah pada Google
Buzz, tidak seperti sistem komen Twitter yang berterabur. Saya sangat
menyukai perkara ini kerana ia menggalakkan perbincangan yang
berterusan.

Satu lagi langkah bijak daripada Google adalah dengan membina Google
Buzz di dalam GMail. Jadi, para pengguna GMail sedia ada tidak perlu
pergi ke laman lain untuk menggunakan Google Buzz (sebab yang saya saya
tak mencuba FriendFeed atau Yahoo Meme secara mendalam, kerana
perlu pergi ke laman lain). Malah, mungkin GMail akan menerima
pendaftaran baru daripada pengguna yang ingin mencuba Google Buzz.

Terdapat juga beberapa pandangan yang mengatakan Google Buzz mungkin
akan membunuh Google Wave, produk
Google yang baru diperkenalkan tidak lama dahulu. Mungkin kerana
terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua servis ini, yang akan
membuatkan orang ramai meninggalkan Google Wave.

Bagaimana pula dengan pandangan anda? Adakah Google Buzz akan
bertahan atau popularitinya hanya akan bertahan sekejap sahaja seperti
Google Wave? Adakah Google Buzz akan menggantikan Twitter atau Facebook?
Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen.


Back to top Go down
View user profile http://ppddunter.the-talk.net
Mira Syamim



Posts : 61
Join date : 19/12/2009
Age : 29
Location : Rusila,Marang -- Je8,Setiu

PostSubject: Re: Google Buzz Dilancarkan – Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave?   12th February 2010, 10:09 pm

mcm dok best je...
'mcm'
tp dok thu la kot3 try gune nnt terjatuh chenta..hahahha
Back to top Go down
View user profile http://www.facebook.com/mirasyamim
LocoRoco
Moderator


Posts : 1521
Join date : 24/11/2009
Location : Planet Nameck

PostSubject: Re: Google Buzz Dilancarkan – Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave?   12th February 2010, 10:36 pm

yup..lepas nie nape la pulak kuar..dok dang nak ambat...


Back to top Go down
View user profile http://ppddunter.the-talk.net
Sponsored content




PostSubject: Re: Google Buzz Dilancarkan – Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave?   Today at 5:35 pm

Back to top Go down
 
Google Buzz Dilancarkan – Pesaing Twitter, Facebook, atau Google Wave?
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Download Software-
Jump to: