HomeSearchRegisterLog in

Share | 
 

 E-BOOK n Executive Information Officer (EIO)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
D'dun_dec
Moderator


Posts : 50
Join date : 22/01/2010
Age : 31
Location : ur back

PostSubject: E-BOOK n Executive Information Officer (EIO)   27th January 2010, 8:06 pm




"Pelaksanaan e-Book merupakan usaha Kerajaan Negeri bagi meningkatkan
pencapaian pendidikan ke arah menyediakan tenaga kerja dalam era
k-ekonomi,” YAB DATO’ AHMAD SAID, MENTERI BESAR TERENGGANU


Pendahuluan
Terengganu mencipta sejarah baru dalam bidang pendidikan apabila Kerajaan Negeri memperkenalkan buku elektronik atau e-book bagi menggantikan buku teks.Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri menyediakan 25,000 unit e-Book iaitu mini laptop yang dilengkapi pelbagai perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasukal-Quran, doa-doa dan amalan solat yang boleh digunakan oleh semua pelajar Tahun Lima di negeri ini.

Apa itu e-Book?

Ia adalah buku dalam bentuk elektronik yang dapat dibaca pada sebuah komputer atau alat lain yang direka khusus untuk membaca e-book. Di Terengganu ‘mini laptop’ dijadikan sebagai alat untuk membaca e-book.

E-book
berkembang dengan cepat akhir-akhir ini di seluruh dunia, bukan sahaja untuk kegunaan pembelajaran, tetapi di bidang perniagaan, perhotelan, perbankan dan sebagainya.

Apa faedah ebook?

Ia dapat memuatkan perisian buku teks dan lain-lain yang diperlukan tanpa perlu membawa dalam bentuk buku biasa yang membebankan (berat dan besar),menjimatkan ruang dan juga perbelanjaan kerana segala bahan ilmu boleh dimasukkan dalam e-book. Ia juga sebagai persiapan awal membina
generasi yang selaras dengan tuntutan perkembangan moden dan perubahan dunia yang semakin mencabar hari ini dan akan datang.

Bila dan berapa ramai murid akan terlibat?
Sebagai permulaan mulai pertengahan tahun ini seramai 10,438 murid Tahun Lima dari 127 buah sekolah Terengganu akan mula belajar menggunakan e-book.Pembahagian dibuat melalui Pejabat Pendidikan/Pelajaran di daerah masing-masing. Dengan ini pelajar-pelajar berkenaan dapat belajar
dengan lancar dan boleh mengikuti modul pelajaran seperti biasa serta tidak lagi perlu membawa beg yang besar dan berat ke sekolah.

Ada tempat lain di dunia menggunakan e-book untuk pembelajaran?
Ya, contohnya di negara Portugal dan Venezuela yang menggunakan e-book sepenuhnya menggantikan buku teks di sekolah.

Adakah e-book (laptop) perlu dipulangkan semula?
Ya, agihan e-book sama seperti Skim Pinjaman Buku Teks diberi pinjaman dan kemudahan itu mesti dipulangkan kembali kepada pihak sekolah.

Bagaimana kalau berlaku kerosakan?

Juruteknik khas disediakan untuk membantu mengatasi masalah ini.

Apa perkembangan terkini mengenai e-Book di Terengganu?

Negara Brunei dan Negeri Melaka serta Sarawak berminat untuk mencontohi Terengganu memperkenalkan penggunaan komputer riba mini atau e-book kepada murid sekolah rendah bagi
menggantikan buku teks yang dilihat sebagai wadah terbaik untuk menyemarakkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Brunei serta dua negeri berkenaan tertarik selepas idea yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu itu disambut baik oleh Kementerian PelajaranMalaysia .

Melihat perkembangan yang menggalakkan ini, Terengganu yang menjadi pemasar tunggal e-book di Malaysia, yakin mampu untuk membekalkan komputer riba ini kepada negeri yang berminat mulai tahun hadapan.

Quote :


SENARAI TUGAS PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (EIO)


1. Bertanggungjawab kepada Guru Besar Sekolah, TESDEC SERVICES Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Terengganu.

2. Bertanggungjawab mengurus, menjaga dan menyelenggara e-book dan peralatannya mengikut jadual yang dirancang.

3. Mengurus dan merekod data berkaitan e-book dan peralatannya termasuk jumlah, indeks, dan lain-lain yang berkaitan.

4. Mengurus dan menyelia server di sekolah bagi memastikan e-book dapat digunakan dengan lancar dan berkesan.

5. Memuat turun dan mengemaskini perisian anti-virus yang dibenarkan di e-book dan memastikan ia di kemaskini secara berjadual

6. Menyelia dan membuat pemantauan terhadap program-program yang dimuat turun di e-book oleh pelajar secara berkala bagi menggelakkan salah guna.

7. Bertanggungjawab membuat pemeriksaan, pembersihan (cleaning) dan lain-lain yang difikirkan perlu bagi memastikan semua e-book berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa

8. Membuat laporan kepada pihak PPD (EIO) berkaitan kerosakan, keluar masuk e-book atau lain-lain yang berkaitan.

9. Bersedia untuk membaiki kerosakan kecil e-book dan peralatannya jika perlu. Kerosakan major perlu dilaporkan kepada pihak pengilang.

10. Membantu lain-lain kerja yang berkaitan IT disekolah sekiranya diarah berbuat demikian.

11. Melaksanakan arahan dari pihak sekolah, TESDEC SERVICES Sdn. Bhd. dan Kerajaan Negeri Terengganu yang diberi dari masa ke semasa.

or refer link dibawah:
SENARAI TUGASAN PEGAWAI TEKNOLoGI MAKLUMAT EIO dr TESDEC
Back to top Go down
View user profile
 
E-BOOK n Executive Information Officer (EIO)
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: Pengenalan Diri-
Jump to: